Friday, May 27, 2005

~Kisah seorang anak yang duka mestapa kerana ibunya batuk~ (version ubat batuk cap ibu dan anak time iklan citer 'mearo attack')

Untuk tatapan 18 tahun dan keatas sahaja.
Cerita mengandungi unsur2 yg akan menyebab emosi terganggu.




Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung.

Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

"Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!" jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia Cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

" Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya" demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah pantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta.

Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji.

Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik
perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidpnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malh melihat gambar pun mereka benci.

Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

"Tempat awk di sana!" kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini.

"Nak alas, cari sendiri," kata Halim, lalu menyindir "itupun kalau awak ingat kat mana nak cari... ." Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

"Aku dah agak. Patutlah awak balik... nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?" Halim melepaskan paku buah keras.

"Bukan macam tu bang, saya... " tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas " Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku?
Tolong sikit... .bila masa aku sentuh badan kamu tu?Hah?"

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar.

Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

"Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh... memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!" kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan.

Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung
pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah seta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas.

" Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu," katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

" Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana," jawab saya.

Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

"Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?" saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

" Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak," kata Haji Shafie kesal.

"Dia marah lagi agaknya," saya menyambung.

"Saya tau... kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudah tu, sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku," tambah Haji Shafie.

"Kalau macam tu," tambah saya," bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia."

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

"Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu," Haji Shafie merayu.

" Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung... suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya... ' tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami
mendengarnya.

" Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni," Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun . Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. "Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan," kata saya.

Lalu saya ... hadis dan firman Allah berkaitan ... Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . " Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! " katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka.

Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

"Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang... maafkanlah saya... "dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila di permainkan lelaki-lelaki terbabit.

"Abang, Iffa, Aina... marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai... " ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanitaitu bertambah parah . Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan . Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

"Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang , Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia," kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

"Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim," kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alas an di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

" Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya," kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

" Sa..sa..ya der... haa..ka pada abaaaang.." katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

" Yalah... "jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; " Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan aripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman ".

" Terima kasih ustaz," balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia . Bagaimanapun , dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

"Ustaz," Halim memulakan ceritanya, " malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.

' Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.

" Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke ?

" Tiba-tiba Aina menangis . Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar.

" Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad."

" Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.

" Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka '.

Wednesday, May 25, 2005

Morning's Here

Every day I am awoken by a clip from the Sitcom "Friends". The clip's star is colloquially referred to as the 'singing man' who greets each dawn with the same song opposite Joey's bedroom. He's introduced in the One where the girls lose their flat and Rachel is driven insane by the man's early morning serenade as she is forced to bunk up in Joey's old room.


The song he sings is effectively named "Morning's Here" because that's its first line. It is actually based entirely on a Chuck Mangione track called "Feels So Good" on which his virtuoso french-horn performance kicks a bit of Jazz guitar up and down groove street (Chuck of course being mentioned numerous times in Friends, for instance in the episode with the beach house where phoebe tries to find her father and finds her mother instead) but the words are made up. So infectious is it, that you just can't stop singing it, just as I never grow tired of hearing it wake me up


The lyrics are these:


"Morning's Here
The Morning is Here
Sunshine is Here
The Sky is Clear
The Morning's here
Get into Gear
Breakfast is near
The Dark of Night Has Disappeared"


Sunday, May 15, 2005

Ni ape cerite jo... get a room dude!



Dah tak reti dah aku nak komen bende yang macam ni. Badan letih plak tuh arini (siang tadi wat community service, eheh). Tengok gamba nih terasa cam nak temuntah pun ada. Hmm ntah la.. akhir zaman nyer side effect kot.

Friday, May 13, 2005

Shinobi IQ Test - Chunin Level Exam

Semalam ada la sorang member aku ni, layan sangap dengan aku. Borak punya borak tetiba terkeluar perkataan 'think outside the box'. Lepas tersebut je perkataan tuh, member aku ni dengan pantas kembali duduk di depan komputer(Nadia nama komputer dia, hehe) dan introduce satu game yg menarik kat aku.
Tajuk game tuh "Petals Around the Rose". Nama cam petai di sekeliling bunga ros, hmm maybe orang yg cipta game nih suka adunan bau hancing petai dengan haruman bunga rose kot, entah la, dia sorang saja yg tau, memang ramai orang pelik-pelik dalam dunia nih. Ok berbalik kat cerita aku tadi, game play memang simple gila, kita roll dice pastu teka tuh number berapa, pastu click untuk confirm number yg kita teka, then dia kasik jawapan yg sebenar, ngahahahah. Bunyik cam senangkan, tapi ada la dalam setengah jam gak aku dok tercongok kat depan komputer cam orang bodoh dok pikir solution, nak lagi best member aku dok kat sebelah sambil mem'provoke'kan aku. Mentang-mentang la dia dah dapat figure out the calculation.
Aku memang rekemen abis la game nih. Aku dah edit page game tuh supaya bley di letak kat page aku ni, untuk keselesaan semua, skali blogger bangang nih tak support java script plak (tu apa yg dia tulis la masa aku try nak wat natang tuh, tatau la kot-kot aku yg bangang tak reti nak wat, hehe. Kalau ade sesapa yg reti tolong komen yek. tq). Pi la try, once dah dapat dia punya cara calculation... pergh, memang terasa kepuasan yang maximum. hehe. Tak kuat iman bley berlaku tiny ejaculation di situ. hehehehe. Kalau dah jem sangat kepala otak, click sini. Hopefully you guys could find some useful tips from here.
Perhatian kepada mereka yang cepat berputus asa: Nyesal siot kalau tanye orang camne nak kire, serius. Gerenti tak tipu customer punya.
Selamat mencuba!

Tuesday, May 03, 2005

JPJ dakwa serta-merta Prosedur ujian air kencing diubah elak pemandu mabuk, khayal terlepas

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengubah prosedur ujian air kencing bagi membolehkan pemandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol didakwa berdasarkan keputusan ujian di lokasi mereka ditahan secara serta-merta.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Emran Kadir, berkata aspek teknikal pengendalian ujian air kencing yang dikendalikan Unit Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) di tempat operasi, akan diubah bagi membolehkan keputusannya diperakui untuk pendakwaan.

“Cadangan itu dibuat bagi membolehkan pemandu yang disahkan berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol didakwa serta-merta berdasarkan bukti dan keputusan ujian air kencing mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Emran berkata, prosedur yang dilaksanakan sekarang kurang berkesan kerana tempoh lama diperlukan bagi setiap sampel air kencing diperakui pegawai perubatan atau doktor, sehingga menjejaskan keputusan ujian itu.

“Mengikut prosedur sekarang, pemandu yang diambil sampel air kencing akan dilepaskan atas jaminan polis sementara menunggu keputusan ujian itu disahkan pegawai perubatan di hospital.

“Prosedur itu yang lazimnya mengambil masa beberapa hari kerana beban tugas pegawai perubatan menyebabkan kewujudan alkohol dan dadah dalam sampel air kencing sukar untuk dianalisis,” katanya.

Emran berkata, JPJ juga mendapati banyak kes pemandu yang diletakkan di bawah jaminan polis dilepaskan begitu saja apabila keputusan ujian yang pada asalnya positif, bertukar menjadi negatif.

“Sehubungan itu, amat penting ujian air kencing yang dikendalikan Unit Narkotik PDRM dan AADK diiktiraf serta diperakui untuk tujuan pendakwaan,” katanya.

Emran berkata, beliau sudah mengemukakan cadangan mengubahsuai prosedur ujian air kencing pemandu kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) pada mesyuarat majlis berkenaan, baru-baru ini.

“Bagaimanapun, belum ada keputusan dibuat mengenai cadangan itu,” katanya.

Akhbar tempatan semalam melaporkan, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Othman Talib, berkata lesen memandu mereka yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol akan ditarik selama-lamanya.

Beliau dilaporkan berkata, penarikan lesen itu adalah sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987, akhir tahun ini.

Mengikut rekod, sepanjang empat bulan pertama tahun ini seramai 403 pemandu didakwa kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Ops Mabuk. Daripada jumlah itu, 370 kes dicatatkan di Kuala Lumpur.

Selangor menduduki tempat kedua dengan 15 kes, Johor (tujuh), Kedah (enam), Sabah (empat) dan Sarawak (satu).

Tahun lalu, JPJ mengesan antara 10 hingga 15 peratus iaitu 630,000 hingga 945,000 penunggang motosikal daripada 6.3 juta penunggang berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol.


'Ravers' and 'kaki botol' out there.... watch out for road blocks!!!

r