Tuesday, May 03, 2005

JPJ dakwa serta-merta Prosedur ujian air kencing diubah elak pemandu mabuk, khayal terlepas

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengubah prosedur ujian air kencing bagi membolehkan pemandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol didakwa berdasarkan keputusan ujian di lokasi mereka ditahan secara serta-merta.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Emran Kadir, berkata aspek teknikal pengendalian ujian air kencing yang dikendalikan Unit Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) di tempat operasi, akan diubah bagi membolehkan keputusannya diperakui untuk pendakwaan.

“Cadangan itu dibuat bagi membolehkan pemandu yang disahkan berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol didakwa serta-merta berdasarkan bukti dan keputusan ujian air kencing mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Emran berkata, prosedur yang dilaksanakan sekarang kurang berkesan kerana tempoh lama diperlukan bagi setiap sampel air kencing diperakui pegawai perubatan atau doktor, sehingga menjejaskan keputusan ujian itu.

“Mengikut prosedur sekarang, pemandu yang diambil sampel air kencing akan dilepaskan atas jaminan polis sementara menunggu keputusan ujian itu disahkan pegawai perubatan di hospital.

“Prosedur itu yang lazimnya mengambil masa beberapa hari kerana beban tugas pegawai perubatan menyebabkan kewujudan alkohol dan dadah dalam sampel air kencing sukar untuk dianalisis,” katanya.

Emran berkata, JPJ juga mendapati banyak kes pemandu yang diletakkan di bawah jaminan polis dilepaskan begitu saja apabila keputusan ujian yang pada asalnya positif, bertukar menjadi negatif.

“Sehubungan itu, amat penting ujian air kencing yang dikendalikan Unit Narkotik PDRM dan AADK diiktiraf serta diperakui untuk tujuan pendakwaan,” katanya.

Emran berkata, beliau sudah mengemukakan cadangan mengubahsuai prosedur ujian air kencing pemandu kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) pada mesyuarat majlis berkenaan, baru-baru ini.

“Bagaimanapun, belum ada keputusan dibuat mengenai cadangan itu,” katanya.

Akhbar tempatan semalam melaporkan, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Othman Talib, berkata lesen memandu mereka yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol akan ditarik selama-lamanya.

Beliau dilaporkan berkata, penarikan lesen itu adalah sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987, akhir tahun ini.

Mengikut rekod, sepanjang empat bulan pertama tahun ini seramai 403 pemandu didakwa kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Ops Mabuk. Daripada jumlah itu, 370 kes dicatatkan di Kuala Lumpur.

Selangor menduduki tempat kedua dengan 15 kes, Johor (tujuh), Kedah (enam), Sabah (empat) dan Sarawak (satu).

Tahun lalu, JPJ mengesan antara 10 hingga 15 peratus iaitu 630,000 hingga 945,000 penunggang motosikal daripada 6.3 juta penunggang berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol.


'Ravers' and 'kaki botol' out there.... watch out for road blocks!!!

7 Comments:

Anonymous BHM said...

Jgn pulak takder road block pon cakap ada roadblock kat depan :)

9:23 AM  
Blogger Boyez said...

hehe... zaman mude2 bang :~)

8:47 PM  
Anonymous sg buls said...

This comment has been removed by a blog administrator.

12:30 AM  
Anonymous BHM said...

tak gentle sial delete comment org lain

7:07 PM  
Blogger Boyez said...

ehehehe, member petik isu sensitive. hehe tak delete kang masuk ISA gua.

8:24 PM  
Anonymous bloodddddd said...

perghhhh lu delete comment gua siallllllllllllllllll!!!!!!!!

1:28 AM  
Blogger Boyez said...

ahahha... page ni clasification 'U' dato. mintak mahap la. memang di luar bidang kuasa gua.

10:48 AM  

Post a Comment

<< Home

r